Saturday, April 30, 2011

KISAH MALAM JUMAAT

khamis malam jumaat yg lalu, aku diserang penyakit kencing kotor lg..sakitnye hanya TUHAN yg tahu...bermula dari jam 11 lebey, aku dah cuak...ape yg aku takuti, terjadi lagi...aku ulang alik ke tandas hingga jam 4am...aku dah tak tahan, lalu kejut encik suami..mohon dibawa ke klinik...aku mau ubat dan MC...selepas makan ubat, jam 6lebey aku lena sehingga tengahari...terlalu mengantuk sebab sepanjang malam tak tdo..

macam mane aku boley terkena lagi? aku pon tak tau...termasuk yg kelmarin, dah 4 kali aku kena kencing kotor ni? adakah aku penghidap batu karang? nak kata tak cukup minum air, siang aku dah abiskan air masak 1.5liter...cume malam tu, lepas dinner aku lupa minum air...

anda penah kena kencing kotor? sakitnya hanya TUHAN yg tau....saat itu, toilet jadi tempat paling faveret skali....

baca lebih lanjut kat sini

http://ubatsihat.blogspot.com/2007/07/kencing-kotor-uti.html


harap2 aku tak terkena lagi lepas ni...

Wednesday, April 20, 2011

SILAP HARI

rabu upenya arini, dek melayan kepala yang sedang sakit,
aku ingat arini hari khamis...macam tak caya sok dah jumaat...
sekali tengok kalendar, adeh aku tersilap la...

kepala aku masih sakit2..sakit sangat2..
celik2 mata je pagi tadi,
aku dah rase denyutan kat kepala...
dalam hati aku, alahai, nape tak ilang lagi ni...
tak boley jadi nih, kena jugak jumpa doktor...
dah 3 hari berturut aku sakit kepala..

sakit yg aku tak tahan...
ikutkan, aku nak citer pasal benda lain ni,
tapi sangat2 tak berdaya nak bercerita..
merapu boley la...

Tuesday, April 19, 2011

SELASA YANG TERANG

salam, hari2 yang lalu, aku sakit kepala bila menjelang pulang dari kerja...
tapi di hari selasa yang indah ni, kenapa aku mula sakit kepala dari pagi..
itu membuatkan aku tak mau buat apa2 melainkan tido...
tapi bagaimana mau tido ketika waktu keje ini...
sungguh sadis kan?

selepas keguguran, ape yang aku perasan,
mudah sangat diri ini dihinggapi penyakit...
tapi yg selalu aku alami adalah sakit kepala..
bila sakit kepala, apa2 pon aku tanak buat sebenarnya..
tapi apa kan daya...

masa cuti sakit selama seminggu yang lalu,
sehari pon aku tak tido siang..
walaupon keinginan untuk tido itu ada,
tapi mata ini sangat susah untuk lelap...
sudahnye aku habiskan masa bace blog orang, godek FB, dll

ape yang aku melalut ini...hahaha
izinkan aku untuk merapu hari ini...
kenapa aku berbicara seperti takde esok untuk aku...
kenapa kenapa kenapa dan kenapa..
jawapannye adalah tiada apa2...
jangan fikir yang tidak2...

aku merapu sambil melayan kepala yang sedang ting tong ini...
nasib baik tiada bos sebelah aku arini..
bila bos tiada, tiada sape yg akan arah itu dan ini...
1 ari ini my bos ade course...
makhluk yang paling gembira adalah aku...
ketiadaan bos adalah sangat2 membantu kala aku kesakitan..
serius sakit sekarang ini..

semalam, sementara menunggu my sayang abes keja,
ade 15min lg waktu pulang,
sedang aku bejalan2 kat blog orang lain,
aku rase sangat mengantuk plus kepala pusing,
letak kepala atas meja dan aku terus terlena..
bila tersedar jam sudah menunjukkan 6pm...
sudah sampai waktu pulang, my sayang dah muncul..
naik atas moto, air mata menitis dek kerana terlalu sakit..
berusaha menyapu air mata bila my sayang berkata:
janganlah menangis, malu orang tengok...huhuhu
sayang sakit kepala bie...

rase macam dah panjang, aku stop kat sini dulu...
ade masa, ade mood, ade idea nak merapu,
aku citer lagi..

salam & thanks kerana membaca...

sekian

Wednesday, April 13, 2011

ENTRY LEWAT PETANG

takmo panjang2...
juz nak abadikan beberapa perkara

1) dengar ayat yang mampu menyenangkan hati di kala gundah...
My Big Bos: Saya dah cakap dengan HR, kena amik sume sekali seramai 9 orang yg ade kat LNG nih..

aku amat lega dengan kata2 itu...sebab kata2 My Big boley dipercayai...

2) kepala aku sangat2 sakit...aku mau balik dan tido saja...

3) nape bibir aku kering walaupon aku sentiasa minum air.

4) nape aku takde selera nak makan walhal aku sangat lapar.

5) aku dah patut tenang sekarang ini, tapi ape yang masih membuatkan aku masih berdebar2 ni? harap2 semuanya ok...

6) rakan sekerja mengatakan aku lain hari ini...ape yang lain? biase2 aje aku rasa...PELIK....

7) balik ni nak masak ape? semalam dah ponteng masak, arini tak boley ponteng lagi...huhuhu


SEKIAN dari LNG/LPG Marine Repair

LUNCH HARI INI

salam semua...tetibe lak datang mood nak wat N3...so layan aje den nak merapu jap lagi..hehehe

ape kaitan tajuk ngan N3 ni...mestilah ade kaitan kan...korang dah lunch? aku baru jerk sudah...lauk arini adalah ikan goreng kicap...mak aih, 3 biji aje aku letak cili, tapi pedasnye boley la tahan..tapi pedas2 lagi laju den makan...

yang aku nak kabo bukan pasal lauk lunch aku tuh, tapi pasai aku kena makan sorang2...huhuhu...alkisah selalu aku makan berdua ngan my sayang..keja tempat yg same so haruslah makan bersama kan..selalunye port kami makan adalah kat bilik meeting opis aku...sekali arini ade lak yg curik port makan aku tu...dan bukan calang2 orang yg cilok port aku tu..My Big Boss u know...hahaha, padan muka den kan...

makanye kami kena lah carik port lain kan...carik punye carik, mase lak berlalu ngan pantas, so kami decide makan kat meja masing2..dah tu macam mane lak ngan lauk? aku wat 1 bekas aje pon..so my sayang g makan dulu...aku makan kemudian...pas my sayang antar makanan, aku pon makan depan komputer...sambil2 BW kat blog2 yg best...

abes je makanan aku, datang la pulak mood nak update blog...maka terhasil lah cerita ini...hehehe

***hari2 dok pikir nak masak ape? korang camtu tak? ke korang dah sedia jadual makanan untuk seminggu? aku ni nak wat jadual tak buat2 smpi skang..adeh la

Thursday, April 7, 2011

KISAH PENGAJARAN

kisah ini bukan kisah sape2...tapi tak mustahil ini yg terjadi pada zaman skang...kisah ini diabadikan kat cni utk pengajaran buat saya dan buat pembaca2 yg lain...

AKIBAT MEMBELAKANGKAN SUAMI

MAZNAH (bukan nama sebenar), ibu lima anak dan isteri Bahari (bukan nama sebenar), seorang pesara. Hidup mereka tidak mewah,tetapi cukup segala-galanya. Bahari pula sering berulang- alik ke hospital untuk menerima rawatan kerana menghidap penyakit kronik.

Suatu hari, dua adik lelaki Maznah datang ke rumahnya dan membawa berita gembira iaitu ingin mengajaknya menunaikan haji.

Mereka berpendapat kakak mereka yang berpengalaman menunaikan haji, tentu tahu selok-belok dan cara membuat haji dengan betul. Maznah bangga mendengar pujian adiknya, namun kerana terpaksa menjaga suami, dia serba salah dan agak keberatan.

“Kakak pernah pergi dulu, nanti apa pula kata abang Bahari. Memanglah, kalau diikutkan hati, siapa yang tidak mahu pergi ke Tanah Suci. Seribu kali pergi tidak puas lagi,” katanya dengan suara sugul.

Selepas dipujuk, Maznah lembut hati dan mahu mengikut mereka menunaikan haji untuk kali kedua.

Maznah menghantar namanya ke Tabung Haji tanpa pengetahuan suami dan anak. Beliau menjalani rutin harian tanpa meminta izin suami. Apabila tiba masa yang sesuai, dia akan memberi tahu suaminya.

Apabila tiba waktu panggilan dari Tabung Haji, Maznah mendapat surat mengarahkan dia mendaftar dan mengikuti kursus haji.

Gembira bukan kepalang, beliau lantas memberitahu adik-adiknya.

Maznah langsung tidak terfikir untuk meminta kebenaran suaminya. Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila duit simpanannya hanya cukup untuk pakej mengerjakan haji, sedangkan wang poket tidak ada.

Namun akalnya panjang, dia teringatkan anak-anaknya lalu mengumpulkan mereka di rumah. Anak-anak yang tidak tahu hujung pangkal pulang dalam keadaan tertanya-tanya.

“Sebenarnya, mak minta kamu berkumpul sebab nak minta tolong. Permohonan untuk pergi haji sudah diluluskan, jadi mak nak minta bantuan kewangan untuk duit poket dan kecemasan. Tambang pakej sudah sedia. Kalau hendak mengharapkan ayah kamu, dia sakit,” katanya. Semua yang mendengar terkejut, terutama suaminya.

“Bila masa pula kamu tanya saya hendak pergi haji,” tanya Bahari dengan sedikit berang.

“Saya tanya atau tidak, sama juga. Lagipun awak sakit, nanti menjejaskan kesihatan awak pula,” jawab Maznah kepada suaminya.

“Bukankah mak sudah pergi dulu? Buat apa nak pergi banyak kali sebab yang wajibnya sekali saja. Ayah sudah beri keizinan ke belum,” tanya anak sulungnya.

“Ala, kalau tanya ayah kamu bukannya dia hendak bagi. Baik mak tak payah tanya,” balasnya.

“Tak boleh macam itu. Mak kena dapatkan keizinan ayah dulu. Lagipun buat apa nak pergi, sedangkan ayah lebih memerlukan mak di sini. Bukankah ayah sakit?” katanya.

“Alah, kakak dengan abang ini, itupun nak berkira. Kan mak hendak pergi beribadat, hulur sajalah sikit duit poket.” kata anak bongsunya.

Bahari sebagai ayah tidak dapat bersuara kerana tidak mahu membebankan fikirannya. Hatinya kecewa dengan sikap Maznah yang membelakangkan dirinya sebagai suami. Beliau hanya mampu mendiamkan diri dan cuba menahan rasa marah dan hati terluka.

Beliau tidak menyangka Maznah sanggup bertindak di luar pengetahuannya, malah langsung tidak mempelawa untuk bersama menunaikan haji.

Anak-anaknya pula bertengkar sesama sendiri untuk menguatkan hujah masing-masing. Sebagai ibu, Maznah tidak meleraikan mereka, sebaliknya turut sama bertegang leher untuk meminta duit daripada mereka.

“Mak bukannya pergi suka-suka,” tegas Maznah. Bahari menggeleng-gelengkan kepala kerana tahu anak-anaknya bukannya mewah sangat dan gaji pula hanya cukup untuk menyara keluarga saja. Mereka ada masalah tersendiri.

“Mak, tolonglah faham masalah kami. Saya bukannya bergaji besar dan ada empat anak untuk ditanggung. Saya bukan tak mahu beri, tapi mak pergi tak kena masa.,” kata anaknya.

Akhirnya tiada kata putus dicapai, sebaliknya anak-anaknya pula bermasam muka. Bagi Bahari, tiada apa yang perlu diceritakan. Dia seperti tidak wujud bagi isterinya kerana Maznah sanggup memperlakukan dia begitu.

Beliau berserah kepada Allah dan memohon diberi petunjuk kepada isterinya. Dia sudah tidak ada upaya untuk menasihati isterinya yang keras kepala.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan doa orang yang teraniaya pasti ditunaikan. Belum sempat Maznah pergi, beliau ditimpa sakit yang tidak diketahui puncanya iaitu terlantar tidak berdaya, mulutnya senget sebelah dan tidak dapat bercakap dengan jelas serta badannya tidak bergerak bagaikan orang lumpuh.

Bahari pula yang terpaksa menjaga Maznah dengan setia. Beliau walaupun terguris dengan perbuatan isterinya, tidak mahu mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga. Bahari sedia mengampunkan dosa isterinya jika perkara buruk terjadi.

Melihatkan Bahari ikhlas menjaganya, Maznah terharu dan menyesal di atas perlakuannya. Itulah balasan yang akan diterima oleh seorang isteri yang tidak menghormati suami.

Niatnya untuk beribadat kepada Allah, tetapi jika tidak diiringi dengan keizinan suami, dosa balasannya.


KOPIPES DR CNI

Wednesday, April 6, 2011

SHARING IS CARING

ape yang bakal anda baca dibawah adalah bukan hasil nukilan aku...aku kopipes dari FB...aku kopipes kat blog aku nih untuk tatapan aku kemudian hari....

HARAP MAKLUM


bERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...



I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all

my penat lelah paid off...



I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th

birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi

dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat

since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is

SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very

important to keep this in mind:-



1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong

signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun

lambat



2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau

tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu

Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -

lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and

say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her

never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik

cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni

melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik

cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"



3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how

we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,

bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK

solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua

kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!

I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will

NEVER miss our solat.....



4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask

her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do

it with LOVE diselang seli dgn strictness)



5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak

tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love

her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3

kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar

dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau

TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.



Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna

solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for

her..and guess what????



She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i

wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy

and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi

cakap".....cair nya hatiku ini.



Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im

sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims

that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the

world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!



And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as

how Rasulullah asked us!


*walau pun tak tau bila kami akan bergelar ibu & bapa, kami harus sediakan diri kami ke arah tu kan....budak2 akan datang tak akan sama dengan zaman kita2 dulu....so cabaran mungkin akan lebih2 besar di masa akan datang...renung2kan dan selamat beramal....hehehe

Saturday, April 2, 2011

PENGALAMAN D & C

sepanjang 27tahun 9bulan, ini lah kali pertama aku dok dalam ward & jadi pesakit...selepas aku disahkan mengandung & keguguran, banyak jugak lah aku mendaftar kat klinik2 yg tak penah aku jejak...seingat aku, aku ni jarang sakit...kalo demam pon malam mkn ubat sok pagi dah ok...bab2 kena cucuk lg lah aku seriau...

aku nak citer pengalaman aku D & C...name melayunye cuci rahim la kot...selepas disahkan keguguran, penin lah pale kami carik tempat utk cuci...nak tggu hospital gomen, lambat lg...makanya haruslah buat kt hospital swasta...dah name pon swasta, kos tak yah cakap lah kan...nasib bek lah ade duit simpanan...

ari khamis(31/03/11); pagi tu kami kuor rumah terus menuju ke klinik wanita di taman rinting...selepas mendengar cerita dr rakan2, kami pegi ke klinik dgn sedikit harapan...tapi mmg ALLAH S.W.T belum nak bagi aku rezeki tu....doc kat klinik tu kate aku mmg keguguran...

kuor dr klinik, kami blur...nak cuci kat mane ni? doc td suggest kt putri specialist...aku tnye bape kos? amboi mak, lg mahai ko...range 2000-2500...nak cuci aje pon kemain mahal ye skang....adik aku setahun lepas tak smpi 1k pon...tapi nak wat caner kan...mahal2 pon, ia harus dicuci segera...

so kami decide ke penawar...selepas dicongak2, naseb bek duit dlm akaun cukup...tapi duit lom kuarkan lg...ah, redah aje lah dulu...so 11 lebey sampai penawar...sampai turn aku jmpe doc dah 12 lebey...pas doc cakap sket2, tangan aku kena cucuk...adeh, sampai menangis aku dibuatnye...tapi aku konfius...aku nangis sbb sakit ke sbb aku akan kehilangan bayi aku...huhuhu...sedey2....

sampai balik, benda alah tu ade kt tgn aku...sakit + sengal2 tangan aku tu...mmg kt situ eyh selalu cucuk?



pas kena cucuk tu, aku dibawa ke ward..bosan seyh menunggu...ade lah sejam dok tak buat ape kt katil tu...then kol 2, nurse suh aku sarung baju sepital..aku pon disorong ke bilik bedah...cuak mmg cuak...doc yg kat bilik bedah tu lak ley lg wat lawak...adoyai, org dah ler kecut perut...

mase dalam bilik bedah tu, nurse cucuk sesuatu kt tgn aku...pastu aku terbau sesuatu..pastu aku terus tak sedar ape...sedar2 aku dah disorong kuor dr bilik bedah...aku tgk jam dah 2.45pm...aik, kejap aje...tapi mase dikejutkan tu aku mamai lg...sampai kt katil wat aku terus sambung tdo...kol 4pm aku baru sedar sepenuhnya...cian my sayang kena tunggu aku...mesti bosan die kan...sori sayang...

inilah makanan yg pihak hospital sediakan utk aku...

pas cuci aku dah kena berpantang kan? tapi tengok, pihak hospital hidang aku dgn ayam cili padi...pastu sebelum check out dpt makan lg...tp lupe lak nak amik gambo, rasenye makan ikan goreng, sayur sket, pisang sebiji...aku makan sket aje pon...selebihnye my sayang yg bedal...cian die tak makan pape dr pagi...

bangun je tdo, terus makan...dah makan tak tau nak wat ape...maka melahu la kami berdua kt ward tu...kol 6 doc datang peksa, 6 lebey kami check out....

tamat sudah kisah ku di hospital...hehehe

RENTETAN KISAH SEDIH KAMI

dah berhari2 tangguh nak wat N3 ni...malas2 pon, N3 ni adalah wajib...sbb aku ni ade masalah ingatan...so citer ni harus ada disini agar aku ley baca kemudian hari...

citernye bermula dari sabtu lalu(26/03/11), ade coklat2 kt pantyliner aku...terus tepon mak sambil menangis...cuak den tetibe kuor coklat2 itu...mak kata takde pape, jangan pk pape....ok lah...w/pon risau aku buat2 cam tak risau...then tanya kawan aku, die kate adik die pon cenggitu dulu...org peknen biase kena...aku tenang sket...aku pon google gak pasal tu, mcm2 pengalaman org ade...kebanyakan macam tu dan takde pape..so aku pon lex2 la...

ahad(27/03/11), still kuor coklat2 lg...tiap kali nak solat mmg kena ganti pantyliner sbb ade coklat2 tu...tiap kali tgk coklat2 tu, hati ini sgt2 bimbang...

isnin(28/03/11), kerisauan aku bertambah2...coklat2 tu lebih byk dari biase dan kehitaman....nak wat keje mmg dah xde mood...asik dok pk pasal coklat2 itu jerk... so aku half day nak g klinik...aku g klinik Yuslina...aku mintak doc scan perut aku...janin kelihatan tapi doc kate tak dapat detect denyutan jantung....ah sudah, macam mane plak tu... so doc refer aku kt HSI...then petang tu kami terus ke HSI...kami disuruh ke bahagian emergency...tunggu punya tunggu dapatlah jumpa doctor kol 8 lebey...masuk je bilik doc, tanya sket2, tekan perut aku sini sket, sane sket, doc kate die akan bg surat refer ke pakar pulak...makna nye kena datang lg lah esok...huhuhu

selasa(29/03/11), aku amik cuti...malam sebelum tu dah bincang ngan my sayang...kalo tak dapat gak jumpa pakar arini, kita g hospital penawar aje..so sampai HSI kol 8 lebey, doc tak sampai lg...surat aku di ambil...kol 9 lebey nama aku dipanggil...next appointment anda 15/04/11 ya...adoi, lame lg...so kami terus ke Penawar lak...

kat Penawar, doc scan dr bawah...katanya lebih tepat berbanding scan kt perut...mase tu aku nampak image yg same cam kt klinik yuslina tu...janin ade tapi tak bergerak plus takde denyutan jantung...doc kate SAH, AKU KEGUGURAN....tak terkata kami...aku pandang my sayang, my sayang pandang aku...




besor2 doc tulis kt buku aku tu...tapi tak paham pon tulisan doc tu...

pas scan doc bagi lah nasihat sket2...die bagitau kalo nak cuci kt Penawar, separa bius rm800, full bius rm2000....tergezut giler kami...amboi, mahalnyer...maka kami pulang ah dgn kesedihan....huhuhu

rabu(30/03/11), aku masuk keje...pikiran mmg melayang la...yg dah tau asik bertanya...sedih mmg sedih...ramai yg bertanya buat aku lg sedih....nasib bek ley control lg...hehehe...niat masuk keje arini, nak settle keje2 yg pending sebelum aku bercuti nnt...

khamis(31/03/11), dok setengah ari kat ward...merasa lah jadi pesakit...hehehe

KAMI SEDIH...

pada isnin yg lepas, selepas check up di HOSPITAL PENAWAR, akhirnya doktor suhaimi mengesahkan aku keguguran...sedih memang sedih...tp mase doktor wat pengesahan aku blur aje...pejam2 mata tahan air mata kuor, ketap2 bibir tahan tangisan...aku hanya mampu tersenyum dlm kepahitan...betambah2 sedih tengok muka my sayang yg hampa...lom rezki kita nak dpt baby dis year sayang...


mase scan, doc tanye, nak ke gambo kandungan aku tu? otometik aku jawab nak...padahal sebelum2 tu aku dah pk kalo betol2 aku xde rezki, aku tanak doc print hasil scan tu...tapi yg terjadi adalah sebaliknye, akhirnye ade gak kenangan yg ditinggalkan...

ape perasaan aku skang? entahler....rase cam blur aje...