Wednesday, January 25, 2012

38 Weeks Already

soalan yg paling kerap aku terima sekarang. bila bersalin? tiap kali jumpa itu lah yg akan ditanya. so jawapan aku. tengah menunggu hari. doakan lah esok lusa dah kuor. hehehe. macam lah dah bersedia.

memanglah ada perasaan takut tu. tapi takmo pikir sangat. ganti lah dengan perasaan teruja. hehehe. lepas je kuor dr hospital ritu, aku dah kemas beg semula. so beg untuk ibu & baby dah ready dalam keta.

malam tadi susah sangat nak melelapkan mata. perut ni asik mengeras aje. tak selesa jadinya. tapi akhirnya, berjaya gak lena sampai ke subuh.

skang ni, kalo dah baring atau duduk, amat payah nak bangun. padahal perut takdelah besar mana kan. tapi maybe dah cukup besar untuk size aku kot. bila jalan pon dah macam nenek2. macam berat sangat perut ni. hehehe.

baby, bila kamu mau keluar ya sayang. best ker dok dalam perut ibu? suka sangat wat aksi geli2 kat ibu ye. cepatlah keluar sayang. ibu dah tak sabar nak jumpa kamu.

Monday, January 23, 2012

Bilakah

kalo ikut due awal2 mase bukak buku pink, 11 Feb 2012. scan terkini aku due 5 Feb. tapi aku berharap, baby kuor la cepat2. walaupon perasaan cuak tu ada, tapi aku tetap mau baby kuor cepat. macam tak larat nak bawak perut pon ya jugak ni.

sebenarnya aku tengah sakit perut ni. nak kata nak memerut, dah selesai tadi. adakah...jeng jeng jeng....hehehe. takut2 jugak. tapi excited sangat nak tunggu baby kuor. kelengkapan baby dah cukup kot. yg tak cukup tu, dah kuor nanti baru beli tengok keadaan semasa lah kan.

awat blur tetiba ni? cukuplah takat ni ye. apa2 pon, kawan2 tolong doakan daku ye.

Wednesday, January 11, 2012

Buat Suami Tersayang

10 jan 2012


KHAIRIL ANWAR ABDUL SAMAD

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG
MOGA KASIH SAYANG YG TERBINA INI KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA
SAYA SAYANG KAMU SANGAT2....

p/s: sori, hadiah masih didalam perut.hehehe

Kenapa Saya Kena Tahan kat Wad?

kisah bermula: 4am/ 8jan2011

aku tetiba tersedar dr lena. sesuatu dh sampai kt tekak utk diluahkan. berkejar aku ke sinki. amik ko, melambak kuor ape yg aku makan malam tu. bekali2 muntah, tapi still tekak tak selesa. tetiba sakit perut datang lak. ingatkan pas buang, ley lah rase lega.

tapi yg berlaku adalah sebaliknya. selang seli aku rase. sakit perut. nak muntah. sakit perut. nak muntah. toilet. sinki. toilet. sinki. sampailah aku lembik.

kol 5am, aku kejut encik asben. sebab dah tak tahan sakit perut. plus dah lembik sangat dah mase tu. encik asben ajak gi klinik. tapi aku tanak. berharap sangat rase sakit tu beransur hilang.

kol 6lebey. encik asben paksa gak. aku pon dah tak daya nak tolak. ikutkan aje lah. kami terus ke HSI. smpi HSI aku dibawak ke bhgn saringan ibu mengandung. aku sibuk tahan sakit. semput2 aku jawab soalan doc & nurse.

doc pelik nape aku sakit sgt2. aku lg lah pelik. sbb aku rase aku hanya cirit birit. tapi nape sakit yg teramat sangat. doc wat CTG. aku guling2 tahan sakit kena marah. aku nak muntah kena marah. huhuhu. last2 aku kerut2 muka, gigit2 bibir tahan sakit.

abes CTG, aku dihantar ke wad. merasa la bermalam kat hospital. 2jam sekali nurse amik tekanan darah. malam tu berdebar gak rasenya. terpikir, kalo aku sakit macam mane. encik asben takde nak temankan. nasib bek malam tu berlalu tanpa mimpi ngeri. hehehe.

9/1/11

lepas doktor pakar datang check, aku dibenarkan pulang. suka sangat2. bosan seyh dok sepital. doc kata, aku ley balik. laluan lom bukak lagi. w/pon result CTG kate ade mild contraction, 2:10. aku pon tak rase sakit2 nak bersalin lg. maka doc kate, baliklah, rehat kat umah. hehehe. i loike...

Update 36 Minggu

salam,

daku excited bukak blog arini. sebab ape? sebab tak sabau nak tengok ticker 36minggu. hehehe. tak lame je lagi kan. bila agak2nya tarikh keramat untuk anakanda pertama kami ek?

ape2 pon, bila sampai masa nanti harap2 baby & ibu selamat. tolong doakan ye kawan2.

dah sampai tahap ni, baby memang kurang gerak eyh? skang dah kol 9am, punyalah payah den nak kesan pergerakan baby. kalo tak, time2 cenggini dah rancak baby berdansa. mungkin baby dah tak selesa kt dlm kot.

sempena cukup 9bln ni, petang kang aku nk gi scan la. mau tengok keadaan baby didalam. moga kamu baik2 aje ye sayang.

Monday, January 9, 2012

Discharge

eyh, bila admit? hehehe..nnt2 lah wat entry nape aku admit. yg penting aku dh boley kuor harini. bosan tol dok spital ni. xsabar mau kuir. yeay....

Wednesday, January 4, 2012

35 Minggu

salam 1 malaysia,

arini kalo ikut ticker tu, usia kandunganku dah 35minggu. ALHAMDULILLAH aku sehat2 aje. baby pun mungkin sehat2 jugak. sebab galak gerak2, tumbuk2, geli2 kat dalam perut aku ni. gelihati pon ye. hehehe. pasti aku rindu saat2 gini bila baby dah kuor nnt.

insyaALLAH, rabu next week, bila kandunganku 36minggu, aku kena gi scan baby. nak tengok kepala baby dah pusing ke belum. harap2 aku tak perlu jalani ECV. biarlah natural kan. hehehe.

kawan aku si fateng, dah selamat lahirkan baby boy 2jan lalu. aku kawen dulu, dia lak yg dapat baby dulu. hehehe. rezeki masing2 kan. kalo tak kerana episod sedih itu, aku dah abes pantang pon masa ni. tapi aturan tuhan xde sape yg tau kan. ALHAMDULILLAH, selepas 2bulan aku disahkan hamil sekali lg.

dan kini aku sedang menanti saat kelahiran anak pertama kami. doakan ye kawan2.

Tuesday, January 3, 2012

Entry Pertama 2012

salam tahun baru semua,

orang lain dah berderet2 wat entry untuk tahun baru. aku baru terhegeh2. hehehe. malas sebenarnya. plus encik berukband dah slow. aku sengaja tanak bayo. sebab encik asben dah register streamyx kat umah baru. so wat sementara, bersabar dulu lah.

sebenarnya nak abadi cerita tahun baru aku kat sini. kalo tahun 2011, seawal jam 7pagi, 1/1/11, aku dah tercongok kat klinik. untuk tahun 2012, menjelang 3/1/12 aku terpaksa jugak mengunjungi klinik.

alkisah, semalam aku bekfas nestum saje. encik asben aku keje. untuk lunch aku tak masak. sebab encik asben nak belanja kawan dia makan ayam penyet. asben sampai umah kol 1. aku dah siap2 nak kuor gi makan. tapi aturan DIA tiada sapa yg tahu.

kawan encik asben datang umah dalam keadaan lemah. cirit birit sejak pagi. penangan melantak seafood kat senibong malam sebelumnya. suruh ke klinik tak mau. hanya nak berehat sebentar. maka planning makan ayam penyet dibatalkan.

maka encik asben kuor beli lauk. aku masak nasi. kol 2 lebey baru nak carik lauk. konpom la banyak yg dah abes. tapi berisi jugak la perut kami kol 3ptg tu. bila kawan encik asben dah balik, kami berdua gerak ke kota tinggi. otw balik ke PG, singgah beli pisang goreng kat tepi jalan.

walaupon sejuk, aku balun jugak la sebab rase cam lapar. tapi bila aku makan, perut aku makin lapar plus pedih2. tapi makan jugak la pelan2. sampai umah hampir maghrib. relax2, wat ape yg patut. pas layan gemersik kalbu, aku masak nasi + lauk sardin. encik asben lak ketidoran pas maghrib.

abes je masak sardin, perut aku dah mula sakit. ok, masuk toilet. ingat dah selesai ilang la sakit perut tu kan. tapi perut aku makin sakit. sakit sangat2. aku bajet sebab perut dah masuk angin. nak makan nasi aku rase nak muntah lak. so aku bancuh horlick. tapi abes je horlick tu, aku muntah. banyak giler.

badan dah lemah. perut makin cramp. kalo tak pikir pasal baby dalam perut ni, aku dah lumur minyak panas dah. masa sakit tu, aku dok berharap baby tak apa2. nasib bek baby bergerak ngan jayanya masa sakit tu. bila dah tak tahan sakit tu, aku ajak encik asben gi klinik.

sampai klinik ramai pulak org sakit. akhirnya kol 12 lebey baru masuk jumpa doc. dapat la 3jenis ubat malam tadi. pas makan ubat, lega sket la rasa sakit tu. pastu baru lah ley tido. hehehe....tamat kisah tahun baru aku.