Thursday, May 17, 2012

Pesta Buku....Akhirnya....

akhirnya, pesta buku 2012 dapat ku jejaki. bertahun2 simpan impian nak gi pesta buku. ALHAMDULILLAH, impian jadi kenyataan pada tahun 2012. thanks bie kerana tunaikan impian syg.

tak plan pon sebenarnya. sejak2 diwar2kan pasal pesta buku ni, aku tak amik port pon. sebab tau tak akan dapat pergi. takmau mengharap sangat takut kecewa bila tak kesampaian.

alkisah, en.asben merajuk tak dapat cuti dr bos dia. plan nak balik ganu. tapi cuti tak approve lak. balik je dari keje sabtu tu, terus en.asben ajak gi kl. aku pe lagi, excited la nak gi jalan2. maklumlah terperok aje kat umah. org ajak jalan haruslah excited. hehehe.

otw ke kl, asben tanya nak gi mana. aku jawab lah tak tau. tetiba nampak iklan pesta buku, terus ajak en.asben pegi. maka ahad tu dapatlah jejak kaki ke pesta buku mega buat kali pertama. rambang mata nak pilih buku. tak plan lah katakan. so takde la list buku yg nak dicari. hehehe

jalan2 sampailah dewan ape tah. tempat karangkraf. terus bodek en.asben mintak bajet rm200 nak beli buku. tapi total hangus kat karangkraf tak sampai 200 pon. ape yg aku beli? jom tengok.

2 buah novel. tak tau nak beli novel ape sebenarnya. adik ipar kata hingga ke akhirnya best. so aku amik la. rupanya tu kesinambungan novel akhir sebuah cinta. so aku amik gak buku tu. cukuplah 2buah novel. ikut nafsu tak cukup sebenarnya. hehehe

pastu beli gak buku2 agama. wat tambah ilmu. 2 aje amik, ikut hati ade beberapa pakej aku nak amik. tapi takpelah. insyaALLAH next pesta buku aku akan wat list buku yang nak dibeli.


pusing2 lagi dalam karangkraf tu, nampak lak buku resepi. haruslah amik gak. tak lame lagi amni dah boley makan. excited nak sedia makanan untuk anak.

yang buku simple english tu en,asben yg mau. buku lg satu tu dah tentulah aku yg mau. hehehe. berangan nak menjahit. macam2 nota dah kumpul. tapi mesin jahit lom ada. hehehe


sebelum kuor, ternampak lak banner Dato Maznah ni. terus gi carik mana tempatnya. dah jumpa belilah 1set. wat bangkitkan motivasi aku yg down akhir2 ni.
last but not least, sebelum meninggalkan PWTC, singgah satu tempat jual buku kanak2. haruslah carik buku untuk cik amni kita tu.


hasil jaringan haritu, untuk ibu ada. untuk ayah ada. untuk amni pon ade. ok lah kan. keluar aje dr PWTC, berdoa agar tahun depan dapat pegi lagi. hehehe.

total abes untu buku, tak sampai rm250 pon. suka sangat2. tak abes banyak tapi dapat buku banyak. hehehe. resit simpan. tahun depan ley claim rm1000.


pst: every month nak kenen beli buku dr en.asben. harap2 APPROVE. hehehe