Saturday, March 14, 2015

Mac 2015

Lamaaaanya blog ini terabai. Entah ape yg aku sibukkan. Huhuhu

Sabtu; 14/03/15

Harini keluar umah gi kenduri kawen. Sampai2 terus makan sbb lapar. Hehe. Alhamdulillah nasi & lauk sedap sangat. Gambar tiada sebab aku sungguh menikmati makanan itu. Hahaha

Balik dr kenduri gi pusat bandar jap. Keluarkan duit utk shopping jap lagi 😀

Sebelum ke shaklee, singgah beli tamar koko dulu. Ade customer nak. Selesai urusan kat Al-Hadad terus berdesup ke shaklee.

Shopping sat kat shaklee, pastu kami gi mydin taman rinting. Kakak sibuk main. Ayah, ibu & adik pekena ais jagung & roti tisu.

Alhamdulillah sampai umah sebelum maghrib.

Sekian utk entri pertama 2015...hehe

Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan Day 7

Assalamualaikum

Berbulan2 terabai, terasa nak menaip pulak hari ni..selamat berpuasa rakan2 pembaca..itu pon klo ade yg baca..hihi

Ape citer daku? Macam2 cerita sebenarnya..tapi tak igt dah..tu lah..malas sangat nak telan omega..huhu

Ramadhan kali ni agak kurang bermaya..sbb daku dapat alahan..hohoho..gegirl lagi agaknye kot..

Dah hampir seminggu puasa..lom sekali aku masak utk berbuka & sahur..tak tahan tgk bahan mentah..serta merta bergelodak..mujur encik asben sudi membantu..thanks bie :)

Moga alahan ini berakhir dgn segera..serba serbi tak kena rasanya..selera makan masih huru hara..nasib baik ada ESP Shaklee...dapat juga bertahan sehingga berbuka..

Rasanya sampai sini dulu kot..in sha ALLAH kita ketemu lg..salam ramadhan buat semua :)

Tuesday, March 26, 2013

Terkandas lagi

Hah, kan dah kata...
Sian blog ni dianaktirikan..hahaha

Mggu terakhir mac
Tengah pulun utk closing
Berdebar2 ase
Target nak effective lagi bulan ni
Moga2 dipermudahkan
Doakan eyh, TQ ;-)

Tuesday, March 19, 2013

Hai

Assalamualaikum.
Lama tak jengah cni..
Dah bersawang blog ni..hohoho
Azam berazam
Tapi kijap aje...hahaha

Friday, July 13, 2012

Lamanya terabai

last published 17may....owh, sudah 2bulan blog ini terabai. niat mau update adalah setiap hari. tapi bila terlalu leka, sudahnye tak berupdate gak.

cerita terbaru, aku sedang giat study pasal SHAKLEE. sudah menjadi pengguna shaklee dan berhajat mengajak lebih ramai lagi sehat bersama SHAKLEE.

NUR AMNI BALQIS, bakal berumur 5 bulan isnin depan. owh, cepat sungguh masa berlalu. sudah bermacam keletah. nasib baik anak sendiri. so masih boley bersabar dengan karenahnya. hihihi

cukup lah dulu untuk kali ni. sedang berusaha untuk lebih berdisiplin. ops, sebelum berundur. saya lihat page views saya bertambah setiap hari. tak sangka ada jugak yg sudi berkunjung ke sini. terima kasih. insyaALLAH, kalo takde aral, blog ini akan saya isi dengan hal2 yg bermanfaat.

jumpa lagi. ;-)

Thursday, May 17, 2012

Pesta Buku....Akhirnya....

akhirnya, pesta buku 2012 dapat ku jejaki. bertahun2 simpan impian nak gi pesta buku. ALHAMDULILLAH, impian jadi kenyataan pada tahun 2012. thanks bie kerana tunaikan impian syg.

tak plan pon sebenarnya. sejak2 diwar2kan pasal pesta buku ni, aku tak amik port pon. sebab tau tak akan dapat pergi. takmau mengharap sangat takut kecewa bila tak kesampaian.

alkisah, en.asben merajuk tak dapat cuti dr bos dia. plan nak balik ganu. tapi cuti tak approve lak. balik je dari keje sabtu tu, terus en.asben ajak gi kl. aku pe lagi, excited la nak gi jalan2. maklumlah terperok aje kat umah. org ajak jalan haruslah excited. hehehe.

otw ke kl, asben tanya nak gi mana. aku jawab lah tak tau. tetiba nampak iklan pesta buku, terus ajak en.asben pegi. maka ahad tu dapatlah jejak kaki ke pesta buku mega buat kali pertama. rambang mata nak pilih buku. tak plan lah katakan. so takde la list buku yg nak dicari. hehehe

jalan2 sampailah dewan ape tah. tempat karangkraf. terus bodek en.asben mintak bajet rm200 nak beli buku. tapi total hangus kat karangkraf tak sampai 200 pon. ape yg aku beli? jom tengok.

2 buah novel. tak tau nak beli novel ape sebenarnya. adik ipar kata hingga ke akhirnya best. so aku amik la. rupanya tu kesinambungan novel akhir sebuah cinta. so aku amik gak buku tu. cukuplah 2buah novel. ikut nafsu tak cukup sebenarnya. hehehe

pastu beli gak buku2 agama. wat tambah ilmu. 2 aje amik, ikut hati ade beberapa pakej aku nak amik. tapi takpelah. insyaALLAH next pesta buku aku akan wat list buku yang nak dibeli.


pusing2 lagi dalam karangkraf tu, nampak lak buku resepi. haruslah amik gak. tak lame lagi amni dah boley makan. excited nak sedia makanan untuk anak.

yang buku simple english tu en,asben yg mau. buku lg satu tu dah tentulah aku yg mau. hehehe. berangan nak menjahit. macam2 nota dah kumpul. tapi mesin jahit lom ada. hehehe


sebelum kuor, ternampak lak banner Dato Maznah ni. terus gi carik mana tempatnya. dah jumpa belilah 1set. wat bangkitkan motivasi aku yg down akhir2 ni.
last but not least, sebelum meninggalkan PWTC, singgah satu tempat jual buku kanak2. haruslah carik buku untuk cik amni kita tu.


hasil jaringan haritu, untuk ibu ada. untuk ayah ada. untuk amni pon ade. ok lah kan. keluar aje dr PWTC, berdoa agar tahun depan dapat pegi lagi. hehehe.

total abes untu buku, tak sampai rm250 pon. suka sangat2. tak abes banyak tapi dapat buku banyak. hehehe. resit simpan. tahun depan ley claim rm1000.


pst: every month nak kenen beli buku dr en.asben. harap2 APPROVE. hehehe

Monday, April 30, 2012

Amni ke Kuala Lumpur

hujung minggu yang meletihkan. perjalanan yg jauh untuk cik amni. plan asal kami sekeluarga akan pulang ke terengganu sabtu lalu. tapi cuti encik asben tidak diluluskan. oleh sebab itu encik asben bawa diri dengan membawa kami sekeluarga ke kolumpo. hehehe

amni sangat baik sepanjang perjalanan. mau tak baik, dia tido sepanjang jalan. best agaknye keta melantun2. cik amni hanya celik bila keta berhenti saja. baik bukan. ibu gembira. yeah..

gerak dr PG pas maghrib, kami tiba 10.30pm, gi makan MCD dulu. pastu balik ke menara polo. kami stay kat condo pak long amni. amni sangat baik di umah org. ibu gembira sekali lagi. hehehe

Tuesday, April 24, 2012

AMNI 2 bulan

isnin minggu lepas (16/04/12), genaplah NUR AMNI BALQIS 2bulan. KK bagi tarikh untuk next visit adalah 17hb. tapi kami dah decide untuk ke klinik swasta aje lepas ni. kebetulan 16hb lalu, aku dapat ujian berbentuk pakej (batuk + selsema + sakit kepala = DEMAM).

maka kami 3 beranak untuk mendapatkan rawatan sekali dapatkan suntikan 2bulan untuk cik amni kita. ops, 16hb juga cik amni kita selamat dikhatankan. ALHAMDULILLAH cik amni tak meragam dan tak demam selepas itu. hanya menjerit sewaktu jarum disuntik aje.

balik dari klinik, aku tido beregu dengan cik amni. hehehe. mungkin cik amni paham ibu dia tak sihat. maka tak banyak karenah pon haritu. seharian encik asben yg menguruskan cik amni. aku? hanya tido sbb tak tahan sangat sakit kepala. melayang2 aje rasenya.

mujur rasa tak larat tu hanya sehari. keesokkannye aku dah boley menguruskan cik amni yg semakin lasak itu. hehehe

Tuesday, April 3, 2012

Tak Ber Update Jugak

niat dihati nak update hari2. tapi sebab malas nak upload gambar, maka berkubur lah hasrat tu. eceh, alasan kan. padahal boley aje citer tanpa gambar. memang la boley, tapi tak syiok lah kan. hehehe....alasan alasan...

31hb ritu, genap 44hari tempoh berpantang. maka hari ini umur anakanda amni 47 hari. sudah sebulan setengah. cepat betul masa berlalu. skang ni, tempoh 24jam pun macam tak cukup. bangun pagi, pastu sedar2 dah petang.

nak masak harus lah menunggu encik asben pulang dari keje. cik amni kita tu tido tak bape lena. tau aje bila ibu dia jauh dari dia. mula lah die ek ek. maka tak dapatlah ibu gerak ke mana2.

tak diajar tido kat buaian. tapi suka sangat tido kat lengan orang. ayah yang ajar sejak lahir. tilam pun jadi tempat tukar lampin aje skang. tido malam mau mengempeng sama ibu. tapi ibu tido anak tak tido2 lagi. hahaha.

kena stop skang. cik amni sudah bangun. tak mau tido. nak ajak main pulak. haruslah layan kan.

Thursday, March 15, 2012

Amni Dah Sebulan

jap je kan, pejam celik pejam celik dah sebulan anak daraku ini. isnin depan bakal kena cucuk. harap2 anak ibu kuat ye.
mentang2 harini hari kelahiran dia, seharian dok meragam. pantang ibu jauh dr dia, bunyi saja. memula slow. aku biarkan aje. lama2 makin tinggi lak volume dia. tak senang hati nak abeskan sidai baju2 dia. tapi ku gagahkan jugak abeskan sidaian.

seharian nak mengempeng. naik lenguh tangan ibu wahai anak. berapa lah berat kamu sekarang agaknye. mase timbang hari ke-6 ritu dah 3.6kg. sehari naik 100g. terbaik ar.

ape2 pon, ibu harap amni akan jadi anak yang solehah. amin.

Wednesday, March 14, 2012

WW#1

DAY 01 @ SIERRA

Friday, March 2, 2012

Detik Kelahiran Nur Amni Balqis

14/02/12

bangun pagi, ada darah kt panties, tapi tak sakit, bagitau umi, umi kata tanda nak beranak tu. petang mak tetiba muncul kat umah. lepas maghrib, antar abah, umi & shada naik bas. pastu gi jalan kat pesta layang2. sementara tggu encik asben berbekam, aku dah mula sakit2, start jalan bongkok2

15/02/12

lebih kurang jam 1am, aku terjaga nak buang air, darah still ada, tido semula, terjaga 1/2 jam sekali sebab sakit, tapi still boley tido sampai pagi. encik asben gi keja cam biase, tengahari encik asben balik aku ajak gi hospital. sebab dah start 5min sekali akan sakit.

1.45pm sampai HSI, terus ke bilik saringan. ramai pulak arini. kol 2pm aku register, 4pm baru doc check aku. bukaan baru 2cm. kena tahan sebab aku dah overdue. menanti lagi kat bilik saringan sebab wad penuh. 6.45pm aku ditolak ke bilik bersalin. encik asben masuk gak teman.

kena seluk, still 2cm. doc cuba pecahkan air ketuban. tak berjaya sebab bukaan kecik sangat. aku dihantar ke wad pulak. masa ni sakit memang kerap lah. dok kat wad, aku asik bertawaf aje. nak tahan sakit satu hal. nak cepatkan bukaan pon ye.

bila tak tahan sakit, panggil nurse. check lg. baru 3cm. huhuhu...sedih..mata mengantuk. tapi sakit mengatasi segalanya. jeles aje tengok org lain tido.

16/02/12

12am, air ketuban pecah. bukaan dah 4cm. LR penuh kena tunggu giliran. 3am baru ditolak ke LR. doc seluk, bukaan still 4cm. kat perut dipasang CTG. check jantung baby. sangat2 tak selesa. kena masuk air. sebab aku tak makan dari semalam. jugak kena masukkan cecair ape tah. tapi untuk tambah kesakitan aku la.

7am, aku dah sakit giler2. rase mau beranak jam2 tu jugak. tapi bukaan sangat2 perlahan. doc kata jam 11 baru aku bersalin. maka menanti lah dengan tak sabar. mau tido tapi aku sakit. huhuhu. sian encik asben yg terpaksa teman aku. kesakitan makin menggila setiap saat.

aku dah tak sabar. bila dah 9cm, nurse suh aku teran. maka beria la aku meneran. tapi baby still syok kat dalam tu. so nurse suh aku tunggu lg. owh, tak sanggup lg dah. aku tetap teran gak. doc datang, aku teran. doc kate tunggu lagi. huhuhu.

rombongan doc2 datang melawat. doc pakar check aku. die suh doc in charge aku ready. kepala baby dah nampak. maka bermulah sesi teran meneran. tapi aku dah tiada daya. hampir2 give up. tapi sokongan dari encik asben, doc & nurse, aku berjaya jugak mengeluarkan puteri sulung kami tepat jam 12.36pm.

ALHAMDULILLAH. hilang semua kesakitan. ape yang aku inginkan hanyalah tido & berehat. aku benar2 flat lepas tu. dengar tangisan baby, terharu sangat. nurse letak baby kat dada. alahai comelnya anak ibu. nurse bawa baby kuor untuk dibersihkan. encik asben gi amik air sembahyang untuk azankan baby.

baby dibawa masuk bila dah dibersihkan & diazankan. sesi jahit menjahit pon bermula. selama sejam tu, baby tak tido pon. baby temankan ibu dia. terima kasih nak. dah siap jahit, dah siap segala urusan kt LR tu, aku dibawa ke wad. memang lalok aku mase tu.

sampai aje kat wad, aku suh encik asben balik berehat. sebab bukan masa melawat. encik asben balik, aku terus tido. baby pon tido gak. tengah sedap tido, nurse datang nak cucuk BCG kat baby. tengah mamai, baby ek aku tepuk aje. sekali kena sound dgn nurse la. hahaha. lantak la. aku mengantuk giler babas.

aku tersedar sblm 4pm. ade doc round. aku tanye bila boley balik. doc tnye aku dah check up lom. bila aku jawab belum, doc suh aku gi bilik belakang. sebaik aku berbaring di atas katil, doc kata saya nak tengok ade darah beku ke tak. adeh, kena seluk lagi. huhuhu. dah ler sakit sbb kena jahit, ni nak seluk lg. ingat abes dah sesi seluk menyeluk ni. tapi tahan aje lah. nak balik punye pasal. hehehe.

tak lame pas check up, encik asben & mak sampai. maka bersiaplah untuk pulang. hehehe. tak lame pon kat wad. tumpang tidur aje.

sekian kenangan bersalin kali pertama. insyaALLAH akan ade lagi kenangan2 bersalin yg berbeza2 nanti. hehehe. aku tak trauma pon sbb kesakitan semua hilang sebaik baby keluar.

***sori ayat lintang pukang. ni akibat tangguh cerita lama sgt.

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH...

saya selamat melahirkan puteri sulung kami

syukur puteri kami lahir sempurna sifatnya & sangat2 comel...


NUR AMNI BALQIS BT KHAIRIL ANWAR

16 FEBUARI 2012

2.98 KG/ 50cm/ 31cm

Hospital Sultan Ismail

Saturday, February 11, 2012

Masih Menanti

kalo ikut ticker, aku dah overdue 3 hari. tapi mase memula bukak buku pink, nurse kat KK bg EDD 11/2/12. patut hari ni aku due tau. tapi percaturan ALLAH tiada siapa yg tahu. sampai saat ni aku lom rase sebarang tanda2 untuk bersalin. maka menantilah kami dengan perasaan tak sabar. hehehe.

so malam nanti nak gi hospital. mana tau doc boley bagi date baru kat aku. tak pun aku menanti keajaiban berlaku. doakan aku ye teman2.

Wednesday, February 8, 2012

Mentua Selamat Sampai, Suami Keluar Wad

Alhamdulillah...mentuaku selamat sampai di rumahku jam 6pg tadi. sempat abah bebel kat aku td pagi sebab dok sorang kat umah. aku sengih2 aje. hehehe

selepas mereka berehat, kami gerak ke hospital penawar melawat encik asben. owh, rupa2nya encik dibenarkan keluar hari ni. wah, gembira tak terkata hati ini. berjauhan selama 2mlm buat aku tak lena tido. huhuhu

selepas selesai urusan keluar wad, mereka gi makan. aku pulak menuju ke pos laju utk pos barang customer. aku tak join diorang lunch sebab aku dah habiskan lunch utk encik asben sebelum keluar wad td. hehehe

lepas makan, kami terus pulang ke rumah. sekian.