Saturday, October 30, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud.

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.


Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.


Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.


Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.

DIET RASULULLAH

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.


Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)


CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.


Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:


1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).


3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.


4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).


Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Hukum Wanita Bersanggul Dan Baju Berwarna

Salam, terjumpa artikel ni, tp tak sempat nk hayati….so aku cNp kt blog aku je lah…karang2 aku ley bace….harap2 korg pon dpt manfaat ye…

Selamat membaca…..


 


 

Soalan : Dr MAZA, sekarang ini menjadi trend wanita menyimpan sanggul tinggi. Begitu juga ramai wanita yang memakai pakaian yang menutup aurat tetapi berwarna. Tidakkah wanita hanya patut berwarna gelap? Apakah muka itu boleh jadi aurat? Apakah hukum dalam perkara-perkara seperti ini? Ada yang kata semua itu haram, tidak penuh syarat pakaian Islam dan ada pula yang kata boleh. Apakah pandangan Dr Asri dalam hal ini?

 
 

Juliana, Petaling Jaya.

 
 

Jawapan Dr MAZA: Terima Juliana atas soalan yang dikemukakan. Syabas juga kepada saudari kerana prihatin soal pakaian wanita dalam agama kita. Wanita amat tinggi nilainya dalam Islam. Oleh kerana tingginya harga wanita dalam agama ini, maka mereka dijaga dan dipelihara oleh Islam dengan sebaiknya agar tidak tercemar atau dipandang serong. Di sini, saya nyatakan beberapa perkara berikut;

 
 

1. Peraturan pakaian wanita dalam ajaran Islam adalah bertujuan memelihara ketinggian nilai wanita dan membezakan mereka dengan wanita-wanita lain yang tidak mementingkan nilai kemuliaan. Serta mengelakkan mereka terdedah kepada gangguan orang atas andaian mereka golongan murahan. Firman Allah: (maksudnya)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan jilbab (pakaian) mereka ke atas tubuh mereka; cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Maka, asas dalam membuat reka fesyen pakaian seorang wanita muslimah hendaklah berteraskan pakaian yang memberikan gambaran yang pemakainya seorang wanita yang baik dan tidak bertujuan menarik nafsu atau meransang lelaki dengan pendedahan, warna yang melampau, rekaan fesyen yang memberikan nilai yang negatif dan seumpamanya.


 

2. Sebelum kita pergi lebih jauh, wajar kita tahu bahawa dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah) ada yang agak ketat pandangan mereka mengenai aurat wanita, dan ada yang sederhana. Bahkan ada yang longgar sehingga menganggap soal jilbab dalam ayat Surah Al-Ahzab di atas hanya berkaitan wanita-wanita Arab sahaja. Ini seperti yang dinyatakan oleh al-Syeikh Muhammad Tahir Ibn 'Asyur ketika memperkatakan ayat tersebut:

"Ini peraturan yang meraikan kebiasaan Arab. Maka kaum yang tidak memakai jilbab, maka tidak terbabit dengan hukum tersebut" ( Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, ms 228, al-Basair li Intaj al-'Ilm).

Ada juga yang ketat sehingga menganggap wanita keseluruhannya aurat; termasuk wajah mereka. Dengan itu golongan ini mewajibkan niqab (purdah). Namun jumhur (majoriti) ulama berpendapat bahawa diri wanita memang tidak boleh didedahkan kepada kepada lelaki bukan mahramnya, tapi dikecualikan muka dan tapak tangan. Dalam Mazhab Hanafi, dilonggarkan sedikit lagi, maka pergelangan kaki diizin. Ini kerana pergelangan kaki sesuatu yang sukar untuk dielakkan terdedah, terutama wanita yang bertugas dengan tugasan tertentu dan pada zaman dahulu pula tidak kecanggihan stokin seperti sekarang.


 

3. Pada saya, pendapat jumhur (mijoriti ulama) yang menganggap wajah wanita dan tapak tangan bukanlah aurat yang wajib ditutup merupakan pendapat yang kuat berteraskan dalil-dalil yang kukuh. Antara hujah yang kuat dalam hal ini firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31(maksudnya):

"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka".

Berpandukan ayat ini pihak jumhur berhujah dengan dua perkara: pertama; maksud "kecuali yang zahir daripadanya" ialah wajah dan tapak tangan. Ini sama seperti yang ditafsirkan oleh Ibn `Abbas, Umm al-Mukminin`Aisyah, `Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abu Hurairah, al-Miswar bin Makhramah dan lain-lain. Al-Syeikh al-Albani r.h. mendetilkan perbincangan ayat tersebut dalam kitabnya al-Radd al-Mufhim membukti bahawa muka dan tapak tangan bukannya aurat bagi wanita muslimah dan beliau menyenaraikan riwayat para sahabah yang memegang pendapat ini.

Kedua; ayat di atas menyatakan "dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka". Allah hanya memerintahkan agar ditutup bahagian dada yang terdedah disebabkan belahan leher baju. Ini bermaksud wanita diperintahkan agar tudung kepala mereka dilabuhkan sehingga menutup bahagian dada yang terdedah kerana belahan leher baju. Bahagian belahan leher yang mungkin mendedahkan dada dan sekitarnya itu perlu ditutup. Ayat ini tidak langsung menyebut agar mereka menutup wajah mereka. Kalaulah wajah itu adalah `aurat, maka sudah pasti ayat ini akan turut memerintahkan agar mereka menutupnya juga. Oleh itu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi menyebut dalam al-Muhalla: "Ayat adalah dalil bahawa diharuskan membuka wajah, tidak mungkin sama sekali difahami selain dari itu"


 

4. Adapun sanggul; terdapat hadis Nabi s.a.w. di mana seorang wanita bertanya Nabi s.a.w:

"Wahai Rasulullah! Saya seorang wanita yang mempunyai sanggul yang tebal, apakah saya mesti merongkaikannya untuk mandi junub? Jawab Rasulullah s.a.w: "Tidak! Hanya memadai engkau mencurahkan sebanyak tiga kali, kemudian engkau sirami dirimu dengan air, maka engkau telah bersuci" (Riwayat Muslim).

Hadis ini menunjukkan Rasulullah s.a.w tidak membantah wanita ini mempunyai sanggul yang besar. Bahkan diberikan kemudahan kepada mereka yang bersanggul untuk tidak merongkaikannya ketika mandi wajib.


 

5. Adapun pakaian wanita yang berwarna bukanlah satu kesalahan selagi warna itu secara lojik itu tidak membawa kepada pandangan yang serong ataupun buruk terhadap dirinya. Ini kerana wanita pada zaman Nabi s.a.w, bahkan isteri-isteri dan anak perempuan baginda juga memakai pakaian berwarna. Begitu banyak riwayat yang membuktikan hal tersebut. Antaranya apa yang disebut oleh Aishah bint Sa'd:

"Aku melihat enam dari isteri-isteri memakai pakaian mu'asfar (berwarna merah)" (Riwayat al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah).

Mu'asfar bermaksud dicelup dengan 'usfur iaitu sejenis tumbuhan yang menghasilkan warna merah. Said bin Jubair meriwayatkan bahawa beliau lihat sesetengah isteri Nabi s.a.w bertawaf di Kaabah memakai pakaian mu'asfar (Riwayat Ibn Abi Syaibah). 'Umar bin Al-Khattab apabila melihat lelaki memakai warna mu'asfar, akan memarahi mereka dan berkata: "Tinggalkan ini untuk wanita" (al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah).


 

6. Begitu juga "Anas bin Malik melihat Umm al-Kalthum puteri Rasulullah s.a.w memakai selendang daripada sutera bersulam emas" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ini menunjukkan pakaian jenama mahal, halus dan berwarna yang menawan iaitu keemasan. Dalam riwayat al-Bukhari juga: "Isteri 'Abd al-Rahman bin al-Zubair datang mengadu kepada 'Aishah. Kata Aishah r.a: "Dia memakai pakaian berwarna hijau".


 

7. Maka kata al-Imam Ibn 'Abd al-Barr (463):

"Adapun wanita maka ulama tiada perbezaan pendapat bahawa harus mereka memakai warna mu'asfar (merah), mufaddam (tersangat merah), warna ros, merah tanah" (al-Tamhid, 16/123, Muassasah al-Qurtubah).

Apa yang disebutkan ialah warna yang digunakan pada zaman tersebut. Sebahagian warna yang dilarang kepada lelaki, tetap dibenar perempuan. Ada keluasan dalam masalah ini.


 

8. Maka wanita boleh untuk bersanggul, membuka wajah mereka dan berpakaian berwarna. Asas yang penting yang mesti dijaga hendaklah penampilan mereka tidak memperlihatkan seakan mereka wanita yang kurang baik, atau 'memburu lelaki' atau apa yang boleh menimbulkan sangkaan pada kebiasaannya. Warna dan jenis pakaian dinilai berdasarkan kepada anggapan sesebuah masyarakat juga. Di samping ketetapan syarak, apa yang menjadi persepsi sesebuah masyarakat mengenai sesuai fesyen hendaklah diambil kira. Ini berdasarkan ayat tadi: (maksud) ; "cara yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu".


 

SUMBER: http://drmaza.com/home/

Friday, October 29, 2010

Penantian

salam, mood den xbape bagus rini...tp nasib bek bz...de course, pastu lak bos mitak wat itu ini....so xde lah aku dpn PC layan perasaan...huhuhu....agak lega pas share citer ngan kak awin td....tp td tak amik port sgt pe dia ckp....nnt aku tnye lg la...

Tuesday, October 26, 2010

tergezut den......

salam selase....arini selasa, so salam selasa lah...kalo rabu, salam rabu lah....hehehehe...ape la yg aku melalut ni kan....bz dr pg td....tu yg tak sempat nk jenguk blog sndri....

bile je bukak, aik, dah betambah....ape yg betambah....hahaha...follower aku dah betambah....suke beb....blog picisan cam aku ni, ade gak follower nye kan...hehehe...TQ to mamamya & gadis kampung...i follow u, u follow i.....hehehe..TQ skali lg....teruja tgk follower i dah betambah...

jakun tol kan...dulik ar...nasib bek ade follower....xde la aku syok sndri kt blog aku nih...hahaha...k lah, den ade keroje nk wat nih....daaaaaaaa

Friday, October 22, 2010

Nk share nih….

Ade org share kt FB….aku pon nak share kt cni gak….

Bukan ape….tok diri sendiri gak sbnrnye….hehehe


ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA


PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra


Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:


(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,


56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),


(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,


(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Thursday, October 21, 2010

ABAH, selamat hari lahir

hari ini...21/10/2010....hari yg paling bermakna buat abah....
SELAMAT HARI LAHIR BUAT AYAHANDA TERCINTA....
AHMAD HANAPI BIN YADI

moga abah dipanjangkan umur,
dimurahkan rezki dan
sehat2 selalu....
terima kasih atas jagaan mu selama ini...

Tuesday, October 12, 2010

suke suke

salam, w/pon arini bdn sakit2.....tp aku ttp hepi....hehehe...tak caya, tanye opis mate aku...w/pon bz aku ttp hepi....sbb ape...sbb xde pressure...memula pg td mcm malas nk g keje...sbb bdn ni lemah sgt2....mlm td tak ley tdo pun....tp akhirnye terlelap dpn tv....hehehe

hehehe....nk stori benda len sbnrnye....pas solat asar td, smpi jerk opis, ade org call aku....panggilan dr jauh tau....dr penang nun....die tnye psl Ndz...wah2, aku bakal dpt customer nih....harap2 kali ni customer ni milik aku....mudah2an....

name caller tu, khairoon dr penang....die tnye mcm mane nk beli ndz...aku ckp nnt aku pos, diskus2 sket psl rege....rege aku still murah tau....tak caye g tnye pakcik google....die ckp nak beli...die asik tnye aku ade tak fixed line...aku ckp xde la, sbb mmg tak pakai fixed line pon....so aku tnye die ade email tak...die kate ade, email opis....aku pon kate ok la....kite berurus niaga thru email....aku prefer email dr calling2 ni...boley gitu....hahaha...

si khairoon ckp, die akan email nnt kalo nak beli...harap2 rezeki itu milik ku....sblm letak phone, aku tnye la die....awak ni org ape eik...die jwb org islam....pastu aku tnye, yeker...sbb sleng awk cam org cina....die kate tak lah....sy india muslim....owh...baru lah sy paham....ape2 pon, harap2 khairoon membeli dr aku....pssttt...aku tau name die khairoon, sbb mse aku tnye name die ape, die tolong eja....khairoon....TQ....

salam sayang NDZ dr saya.....daaaaaaaaaa

Monday, October 11, 2010

Monday blues

Salam ari isnin….baru je abes waktu rehat nih…bru bgn tdo sbnrnye….1.15 lelapkan mata….

Tgh syok2 tdo, lampu opis dah nyala lak…tgk jam….dah 1.30 upenyer…bes betol dpt tdo….

Awat bdn aku lemah longlai arini…dr pg td sbnrnye…tp dah wat keje e2 ini, lupe lak bdn longlai…

Byk keje sbnrnye, tp ade mase lak tulis blog eik…hahhaha….


 

Aku tak tipu tau…keje byk, smpi aku dah xtau nk wat yg mane 1…dah lame dok rilex, tetibe dpt job lak…

Huhuhu, bos lak, adoyai….sabar aje lah…tau lah excited, akhirnye dpt gak kapal utk dikerjakan…

Tp jgn la susah kan aku….tulunnnnnnnnn


 

Tp, nak tanak kena gak wat keje kan…almaklumlah….kite ni kuli aje…

Makanye, aku wat keje dulu eik…eyh, lom solat lg…

Solat dulu lah….plus rilex2…hehehe


 

daaaaaaaaaaaa