Saturday, February 11, 2012

Masih Menanti

kalo ikut ticker, aku dah overdue 3 hari. tapi mase memula bukak buku pink, nurse kat KK bg EDD 11/2/12. patut hari ni aku due tau. tapi percaturan ALLAH tiada siapa yg tahu. sampai saat ni aku lom rase sebarang tanda2 untuk bersalin. maka menantilah kami dengan perasaan tak sabar. hehehe.

so malam nanti nak gi hospital. mana tau doc boley bagi date baru kat aku. tak pun aku menanti keajaiban berlaku. doakan aku ye teman2.

Wednesday, February 8, 2012

Mentua Selamat Sampai, Suami Keluar Wad

Alhamdulillah...mentuaku selamat sampai di rumahku jam 6pg tadi. sempat abah bebel kat aku td pagi sebab dok sorang kat umah. aku sengih2 aje. hehehe

selepas mereka berehat, kami gerak ke hospital penawar melawat encik asben. owh, rupa2nya encik dibenarkan keluar hari ni. wah, gembira tak terkata hati ini. berjauhan selama 2mlm buat aku tak lena tido. huhuhu

selepas selesai urusan keluar wad, mereka gi makan. aku pulak menuju ke pos laju utk pos barang customer. aku tak join diorang lunch sebab aku dah habiskan lunch utk encik asben sebelum keluar wad td. hehehe

lepas makan, kami terus pulang ke rumah. sekian.

Tuesday, February 7, 2012

Isteri Menunggu Hari, Suami pula Dok Wad

encik asben start demam rabu malam. dah lame encik asben tak balik keje malam. rabu lepas, encik asben tiba kat umah hampir 10malam. balik2 aje badan dah start menggigil. maka tido berbungkus la encik asben malam tu. aku pulak tak ley tido tanpa aircond. huhuhu

tengah2 malam gi klinik, dapat la MC untuk khamis. Khamis seharian kat umah encik asben berbungkus. badan pulak kejap panas giler2, kejap ok. tapi dalam badan still gigil2 sampai sakit urat2. setahun lebey bersama, ni lah 1st time encik asben sakit.

jumaat pagi badan berpeluh2 sebelum gi keja. so encik asben gi keja cam biasa. tengahari balik untuk solat jumaat, encik asben dah flat semula. luaran panas giler, dalaman sejuk giler2, urat pon sakit2. berbungkus lagi. bila petang dah ok sket, ajak gi klinik semula. doc suspect denggi. dapat MC 2 hari.

sabtu ahad kami berdua kat umah aje, tak kemana2 pon. keadaan encik asben on off panas sejuk nye. tetiba isnin kuor bintik2 merah, terus g klinik semula. then klinik suh gi hospital. gi penawar check darah. confirm denggi. tapi level darah ok lagi. cuma air kurang. so doc suh dok ward masuk air.

menanti result darah.


terlantar di wad 210-06
admit 06/02/12



selepas 8 botol air dimasukkan
tangan kiri mengembang dengan jayanya

harap2 sok encik asben dibenarkan pulang. tolong doakan ye kawan2. saat2 menunggu hari ni, kehadiran suami amat2 diperlukan.






















Wednesday, February 1, 2012

39 Minggu sudah....

tak lama je lagi kan? bila agak2 nye ek....tak sabar dah nak gomol2 baby....hehehe...


mase last scan ngan doc suhaimi ritu, edd 5feb. agak teruja la kalo baby dapat kuor date tu. sebab ape? sebab 5feb tu sama dengan 12 rabiulawal. maulidur rasul. amik berkat. hehehe.


malam tadi dah antar abah umi naik bas. maka hari ni aku keseorangan kat umah. menunggu kehadiran baby seorang diri di umah besar ni. bila malam aje berdua. harap2 aku sakit masa encik absen ada kat umah. skang ni nak masuk toilet pun aku rase nak bawak henpon. senang nak call encik asben kalo jadi apa2.


baca pengalaman orang bersalin. rasa takut pon ada. ape bahagian untuk aku agaknye ek. ape2 hal aku harap sangat2 encik asben ada kat sisi aku mase tu.


****doakan aku ye kawan2....terima kasih