Monday, April 30, 2012

Amni ke Kuala Lumpur

hujung minggu yang meletihkan. perjalanan yg jauh untuk cik amni. plan asal kami sekeluarga akan pulang ke terengganu sabtu lalu. tapi cuti encik asben tidak diluluskan. oleh sebab itu encik asben bawa diri dengan membawa kami sekeluarga ke kolumpo. hehehe

amni sangat baik sepanjang perjalanan. mau tak baik, dia tido sepanjang jalan. best agaknye keta melantun2. cik amni hanya celik bila keta berhenti saja. baik bukan. ibu gembira. yeah..

gerak dr PG pas maghrib, kami tiba 10.30pm, gi makan MCD dulu. pastu balik ke menara polo. kami stay kat condo pak long amni. amni sangat baik di umah org. ibu gembira sekali lagi. hehehe

Tuesday, April 24, 2012

AMNI 2 bulan

isnin minggu lepas (16/04/12), genaplah NUR AMNI BALQIS 2bulan. KK bagi tarikh untuk next visit adalah 17hb. tapi kami dah decide untuk ke klinik swasta aje lepas ni. kebetulan 16hb lalu, aku dapat ujian berbentuk pakej (batuk + selsema + sakit kepala = DEMAM).

maka kami 3 beranak untuk mendapatkan rawatan sekali dapatkan suntikan 2bulan untuk cik amni kita. ops, 16hb juga cik amni kita selamat dikhatankan. ALHAMDULILLAH cik amni tak meragam dan tak demam selepas itu. hanya menjerit sewaktu jarum disuntik aje.

balik dari klinik, aku tido beregu dengan cik amni. hehehe. mungkin cik amni paham ibu dia tak sihat. maka tak banyak karenah pon haritu. seharian encik asben yg menguruskan cik amni. aku? hanya tido sbb tak tahan sangat sakit kepala. melayang2 aje rasenya.

mujur rasa tak larat tu hanya sehari. keesokkannye aku dah boley menguruskan cik amni yg semakin lasak itu. hehehe

Tuesday, April 3, 2012

Tak Ber Update Jugak

niat dihati nak update hari2. tapi sebab malas nak upload gambar, maka berkubur lah hasrat tu. eceh, alasan kan. padahal boley aje citer tanpa gambar. memang la boley, tapi tak syiok lah kan. hehehe....alasan alasan...

31hb ritu, genap 44hari tempoh berpantang. maka hari ini umur anakanda amni 47 hari. sudah sebulan setengah. cepat betul masa berlalu. skang ni, tempoh 24jam pun macam tak cukup. bangun pagi, pastu sedar2 dah petang.

nak masak harus lah menunggu encik asben pulang dari keje. cik amni kita tu tido tak bape lena. tau aje bila ibu dia jauh dari dia. mula lah die ek ek. maka tak dapatlah ibu gerak ke mana2.

tak diajar tido kat buaian. tapi suka sangat tido kat lengan orang. ayah yang ajar sejak lahir. tilam pun jadi tempat tukar lampin aje skang. tido malam mau mengempeng sama ibu. tapi ibu tido anak tak tido2 lagi. hahaha.

kena stop skang. cik amni sudah bangun. tak mau tido. nak ajak main pulak. haruslah layan kan.