Thursday, March 15, 2012

Amni Dah Sebulan

jap je kan, pejam celik pejam celik dah sebulan anak daraku ini. isnin depan bakal kena cucuk. harap2 anak ibu kuat ye.
mentang2 harini hari kelahiran dia, seharian dok meragam. pantang ibu jauh dr dia, bunyi saja. memula slow. aku biarkan aje. lama2 makin tinggi lak volume dia. tak senang hati nak abeskan sidai baju2 dia. tapi ku gagahkan jugak abeskan sidaian.

seharian nak mengempeng. naik lenguh tangan ibu wahai anak. berapa lah berat kamu sekarang agaknye. mase timbang hari ke-6 ritu dah 3.6kg. sehari naik 100g. terbaik ar.

ape2 pon, ibu harap amni akan jadi anak yang solehah. amin.

Wednesday, March 14, 2012

WW#1

DAY 01 @ SIERRA

Friday, March 2, 2012

Detik Kelahiran Nur Amni Balqis

14/02/12

bangun pagi, ada darah kt panties, tapi tak sakit, bagitau umi, umi kata tanda nak beranak tu. petang mak tetiba muncul kat umah. lepas maghrib, antar abah, umi & shada naik bas. pastu gi jalan kat pesta layang2. sementara tggu encik asben berbekam, aku dah mula sakit2, start jalan bongkok2

15/02/12

lebih kurang jam 1am, aku terjaga nak buang air, darah still ada, tido semula, terjaga 1/2 jam sekali sebab sakit, tapi still boley tido sampai pagi. encik asben gi keja cam biase, tengahari encik asben balik aku ajak gi hospital. sebab dah start 5min sekali akan sakit.

1.45pm sampai HSI, terus ke bilik saringan. ramai pulak arini. kol 2pm aku register, 4pm baru doc check aku. bukaan baru 2cm. kena tahan sebab aku dah overdue. menanti lagi kat bilik saringan sebab wad penuh. 6.45pm aku ditolak ke bilik bersalin. encik asben masuk gak teman.

kena seluk, still 2cm. doc cuba pecahkan air ketuban. tak berjaya sebab bukaan kecik sangat. aku dihantar ke wad pulak. masa ni sakit memang kerap lah. dok kat wad, aku asik bertawaf aje. nak tahan sakit satu hal. nak cepatkan bukaan pon ye.

bila tak tahan sakit, panggil nurse. check lg. baru 3cm. huhuhu...sedih..mata mengantuk. tapi sakit mengatasi segalanya. jeles aje tengok org lain tido.

16/02/12

12am, air ketuban pecah. bukaan dah 4cm. LR penuh kena tunggu giliran. 3am baru ditolak ke LR. doc seluk, bukaan still 4cm. kat perut dipasang CTG. check jantung baby. sangat2 tak selesa. kena masuk air. sebab aku tak makan dari semalam. jugak kena masukkan cecair ape tah. tapi untuk tambah kesakitan aku la.

7am, aku dah sakit giler2. rase mau beranak jam2 tu jugak. tapi bukaan sangat2 perlahan. doc kata jam 11 baru aku bersalin. maka menanti lah dengan tak sabar. mau tido tapi aku sakit. huhuhu. sian encik asben yg terpaksa teman aku. kesakitan makin menggila setiap saat.

aku dah tak sabar. bila dah 9cm, nurse suh aku teran. maka beria la aku meneran. tapi baby still syok kat dalam tu. so nurse suh aku tunggu lg. owh, tak sanggup lg dah. aku tetap teran gak. doc datang, aku teran. doc kate tunggu lagi. huhuhu.

rombongan doc2 datang melawat. doc pakar check aku. die suh doc in charge aku ready. kepala baby dah nampak. maka bermulah sesi teran meneran. tapi aku dah tiada daya. hampir2 give up. tapi sokongan dari encik asben, doc & nurse, aku berjaya jugak mengeluarkan puteri sulung kami tepat jam 12.36pm.

ALHAMDULILLAH. hilang semua kesakitan. ape yang aku inginkan hanyalah tido & berehat. aku benar2 flat lepas tu. dengar tangisan baby, terharu sangat. nurse letak baby kat dada. alahai comelnya anak ibu. nurse bawa baby kuor untuk dibersihkan. encik asben gi amik air sembahyang untuk azankan baby.

baby dibawa masuk bila dah dibersihkan & diazankan. sesi jahit menjahit pon bermula. selama sejam tu, baby tak tido pon. baby temankan ibu dia. terima kasih nak. dah siap jahit, dah siap segala urusan kt LR tu, aku dibawa ke wad. memang lalok aku mase tu.

sampai aje kat wad, aku suh encik asben balik berehat. sebab bukan masa melawat. encik asben balik, aku terus tido. baby pon tido gak. tengah sedap tido, nurse datang nak cucuk BCG kat baby. tengah mamai, baby ek aku tepuk aje. sekali kena sound dgn nurse la. hahaha. lantak la. aku mengantuk giler babas.

aku tersedar sblm 4pm. ade doc round. aku tanye bila boley balik. doc tnye aku dah check up lom. bila aku jawab belum, doc suh aku gi bilik belakang. sebaik aku berbaring di atas katil, doc kata saya nak tengok ade darah beku ke tak. adeh, kena seluk lagi. huhuhu. dah ler sakit sbb kena jahit, ni nak seluk lg. ingat abes dah sesi seluk menyeluk ni. tapi tahan aje lah. nak balik punye pasal. hehehe.

tak lame pas check up, encik asben & mak sampai. maka bersiaplah untuk pulang. hehehe. tak lame pon kat wad. tumpang tidur aje.

sekian kenangan bersalin kali pertama. insyaALLAH akan ade lagi kenangan2 bersalin yg berbeza2 nanti. hehehe. aku tak trauma pon sbb kesakitan semua hilang sebaik baby keluar.

***sori ayat lintang pukang. ni akibat tangguh cerita lama sgt.

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH...

saya selamat melahirkan puteri sulung kami

syukur puteri kami lahir sempurna sifatnya & sangat2 comel...


NUR AMNI BALQIS BT KHAIRIL ANWAR

16 FEBUARI 2012

2.98 KG/ 50cm/ 31cm

Hospital Sultan Ismail