Tuesday, April 24, 2012

AMNI 2 bulan

isnin minggu lepas (16/04/12), genaplah NUR AMNI BALQIS 2bulan. KK bagi tarikh untuk next visit adalah 17hb. tapi kami dah decide untuk ke klinik swasta aje lepas ni. kebetulan 16hb lalu, aku dapat ujian berbentuk pakej (batuk + selsema + sakit kepala = DEMAM).

maka kami 3 beranak untuk mendapatkan rawatan sekali dapatkan suntikan 2bulan untuk cik amni kita. ops, 16hb juga cik amni kita selamat dikhatankan. ALHAMDULILLAH cik amni tak meragam dan tak demam selepas itu. hanya menjerit sewaktu jarum disuntik aje.

balik dari klinik, aku tido beregu dengan cik amni. hehehe. mungkin cik amni paham ibu dia tak sihat. maka tak banyak karenah pon haritu. seharian encik asben yg menguruskan cik amni. aku? hanya tido sbb tak tahan sangat sakit kepala. melayang2 aje rasenya.

mujur rasa tak larat tu hanya sehari. keesokkannye aku dah boley menguruskan cik amni yg semakin lasak itu. hehehe

1 comment: