semalam aku serah diri kat klinik yuslina untuk suntikan kedua kancing gigi. ada citer kelakar kat klinik semalam. tapi itu nantilah aku citer. ni aku nak stori mori pasal suntikan dulu.
sebenarnya suntikan kedua ni, menurut doc yuslina, patut amik masa minggu ke 32. tapi masa minggu ke-32 tu aku baru amik suntikan pertama, maka minggu ni aku amik yang kedua lak.
konon2 nak amik suntikan kedua kat penawar aje. sebab aku ade check up ngan penawar jumaat ni. tapi bila pikir2 semula, kat penawar, seketoi kapas pon kena charge 50sen, maka ke yuslina lah kami semalam. kan tak yah bayo pape. hehehe.
ok, abes pasal suntikan. next story lak. masa sampai klinik semalam, pembantu klinik kata doc yuslina takde. yg ade doc sangeetha. itulah nama yg kami berdua dengar. aku pon tanya lah, doc lelaki ke pompuan. sebab aku tak sure. depa kata doc pompuan. oklah kan.
tiba nama aku dipanggil, kami pon masuk bilik doc. terkejut aku tengok, doc pakai tudung? aik, den dah konpius. upa2nya, nama doc ialah doc surita. hahahah. doc plak muda belia lagi. macam tak reti pon ade aku tengok. minggu lepas aku datang, doc yus tulis kt buku aku 32w. tapi tetiba minggu ni dah jadi 36w. salah tengok ke salah tulis doc tu.
aku cakap aku nak amik suntikan kedua. pas kena suntik aje, terus kuor. suntik aje rm30. tapi naseb bek masuk akaun kompeni encik asben. sebelum kuor, sempat aku tanya kat pembantu klinik tu. doc surita lom kawen la. patut lah cam tak reti aje. hehehe
No comments:
Post a Comment