Saturday, December 3, 2011

Update 30 Minggu

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 30 minggu usia anak dalam kandungan ni. insyaALLAH, lagi 10 minggu ibu dan ayah akan dapat melihat wajah kamu sayang. ibu dan ayah dah tak sabar nak gomol kamu. semalam dapat lihat kamu, aduhai teruja sungguh kami.

sepatutnya aku check up pada 30hb dimana genap 30 minggu. tapi saat akhir penawar call kata doktor takde. khamis plak appointment penuh. so jumaat baru datang check up. berkat jumaat, urusan semalam sangat2 mudah. orang tak ramai. tunggu tak lama. dalam sejam aku dah boleh balik.

macam biasa bila datang check up. timbang berat. terbaik. aku naik lagi 3kg. so berat terkini aku adalah 53.2kg. huhuhu. check urine. masuk bilik doktor. check tekanan darah. cantik bacaan darah aku. hehehe. pastu baring. mau check perut.

doktor tunjuk satu2. encik asben amik video. tak dapat tengok muka baby. kaki baby ada kat muka. macam mane tu. sebelum ni aku ingat kepala baby dah ade kat bawah. semalam baru ku tahu. baby kami masih songsang kat dalam sana. kepala baby bawah dada aku. kaki baby depan muka dia. maybe tangan baby yang dok tekan2 kat bawah nun. alahai anak...

overall keadaan aku ngan baby in progress. berat baby skang 1.4kg. aku naik 3.2kg. agak2 ape lagi 1.8kg tu ye. fizikal aku tak banyak berubah pon. kalo tak tengok perut, tak rupa orang peknen pon. kaki & tangan pon tak bengkak. cuma kaki dah tak ley diri & jalan lama2 lah. sakit wooo.

next check up 23/12/11. 4minggu lagi. harap2 masa tu baby dah pusing. edd terkini 8/2/12. tapi aku nak sangat baby lahir pada 10/1/12. sebab ape? sebab tu tarikh lahir ayah baby. hehehe.

***dah start kira pergerakan baby. aku konpius la.

1 comment:

  1. aku bab kire pgerakan bby mmg fail... x reti nk kire cm ner... aku kire ikot sedap aku je la... hehehe... klo aku rase gerak yg kasar je aku kire.. gerak yg lembut2 tu aku x kire pun... hehehe...

    ReplyDelete