Alhamdulillah,
kandunganku sudah 34minggu. InsyaALLAH, lagi kurang/ lebih 6minggu, anakku akan berada di dunia nyata. moga2 segala2nya dipermudahkan. tolong doakan ye.
semalam gi check up kat penawar. upa2nya semalam adalah kali terakhir aku check up ngan doc suhaimi. sebab doc akan berhijrah ke KL untuk sementara waktu.
hasil check up semalam, berat baby dah 2.1kg. ada lg 6minggu, harap2 tiba masa nanti, baby janganlah besar sangat ye. semput ibu nak kuorkan awak nnt. hehehe.
semalam doc adalah kelam kabut. sebab aku datang petang. pastu doc ade pembedahan lak tu. so semalam scan adalah tak detail. tapi takpe. sebab aku hanya nak tau. kepala baby sudah ke bawah ke belum. hasilnya, kepala baby masih diatas. upa2nya yang selalu mengeras bawah Cik B aku adalah kepala baby.
doc kata jangan risau. ada lagi 2minggu untuk baby berpusing. sekiranya 2minggu akan datang kepala baby masih diatas, maka tindakan akan diambil. doc bagi 3 pilihan. pertama ECV, kedua pembedahan. ketiga bersalin secara songsang. harap2 aku tak akan wat pilihan.
pilihan ketiga aku tak akan ambil. sebab ni anak pertama, laluan masih tiada. maka risiko sangat tinggi untuk bersalin secara songsang. pilihan kedua juga aku tanak. sebab aku nak anak ramai. kalo anak pertama dah kena bedah, maksima anak aku hanya 3 orang je. aku nak lebih. hehehe.
harap2 baby pusing secara normal. kalo tak, 2minggu lagi aku akan wat ECV. cuak sebenarnya. tapi member kata tak sakit. pas tengok kat youtube, lega lah jugak. sebab tak rumit mana prosedur ECV tu.
apa2 pon, moga segalanya dipermudahkan. amin.
No comments:
Post a Comment